PUSAT PENGAJIAN PRA-UNIVERSITI

Frequently Asked Questions


Semua permohonan kemasukan ke Pusat Pengajian Pra-Universiti adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sila layari laman web http://upu.mohe.gov.my/ untuk keterangan lanjut.

Permohonan ke Program Asasi Sains UNIMAS terbuka kepada pelajar lepasan SPM dan memenuhi syarat-syarat kelulusan akademik yang telah ditetapkan (Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA ( 5 ) kepujian termasuk Bahasa Melayu).

Program Asasi Sains UNIMAS hanya terbuka kepada calon BUMIPUTERA sahaja.

Program Asasi Sains UNIMAS adalah persediaan untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda di UNIMAS dan sukatan pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar Program Asasi Sains UNIMAS adalah sejajar dengan sukatan ataupun keperluan yang diperlukan untuk pelajar di Peringkat Sarjana Muda di UNIMAS. Manakala program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk semua IPTA/IPTS seluruh negara.

Pelajar boleh meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIMAS SAHAJA.