Program

program 2 png

Program

Struktur program, sinopsis kursus dan senarai program-program yang ditawarkan di Pusat Pengajian Pra-Universiti, Unimas boleh didapatkan di sini. Kenali potensi anda untuk memilih program yang sesuai untuk karier anda pada masa depan kelak.

Program Ditawarkan

Struktur Program

  • Deskripsi mengenai konsep umum, tempoh pengajian, struktur pengajian, sistem pengajaran, sistem penilaian dan        peperiksaan, kod kursus dan aktiviti ko-kurikulum.

Sinopsis Kursus

  • Deskripsi mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di Pusat Pengajian Pra-Universiti.

Asasi Sains Hayat

  • Deskripsi mengenai program Asasi Sains Hayat.

Asasi Sains Fizikal

  • Deskripsi mengenai program Asasi Sains Fizikal.

Asasi Sains Fizikal

Program Asasi Sains Fizikal

Kursus-kursus bagi program Sains Fizikal yang ditawarkan di Pusat Pengajian Pra-Universiti telah direka khas bagi menyediakan pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan mekanikal.

Semester 1

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

PRF 1016

Fizik I
(Physics I)

6

PRK 1016

Kimia I
(Chemistry I)

6

PRM 1016

Matematik I
(Mathematic I)

6

PRI 1013

Bahasa Inggeris I
(English I)

3

PRX 1011

Teknologi Maklumat I
(Information Technology I)

1

PRS 1032

Nilai-Nilai Sejagat
(Universal Values)

2

PRD 1012

Ko-Kurikulum Berkredit
(Ko-Kurikulum Berkredit)

2



Semester 2   

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

PRF 1026

Fizik II
(Physics II)

6

PRK 1026

Kimia II
(Chemistry II)

6

PRM 1026

Matematik II
(Mathematic II)

6

PRI 1023

Bahasa Inggeris II
(English II)

3

PRX 1021

Teknologi Maklumat II
(Information Technology II)

1

PRS 1022

Kemahiran Komunikasi
(Communication Skills)

2

PRD 1012

Ko-Kurikulum Berkredit
(Ko-Kurikulum Berkredit)

2

Asasi Sains Hayat

Program Asasi Sains Hayat

Kursus-kursus bagi program Sains Hayat yang ditawarkan di Pusat Pengajian Pra-Universiti telah direka khas bagi menyediakan pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan, kejururawatan, sains akuatik, biologi molekular, teknologi tumbuhan dan zoologi.

Semester 1 

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

PRB 1016

Biologi I
(Biology I)

6

PRK 1016

Kimia I
(Chemistry I)

6

PRM 1016

Matematik I
(Mathematic I)

6

PRI 1013

Bahasa Inggeris I
(English I)

3

PRX 1011

Teknologi  Maklumat I
(Information Technology I)

1

PRS 1032

Nilai-Nilai Sejagat
(Universal Values)

2

PRD 1012

Ko-Kurikulum Berkredit
(Ko-Kurikulum Berkredit)

2



Semester 2  

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

PRB 1026

Biologi II
(Biology II)

6

PRK 1026

Kimia II
(Chemistry II)

6

PRM 1026

Matematik II
(Mathematic II)

6

PRI 1023

Bahasa Inggeris II
(English II)

3

PRX 1021

Teknologi  Maklumat II
(Information Technology II)

1

PRS 1022

Kemahiran Komunikasi
(Communication Skills)

2

PRD 1012

Ko-Kurikulum Berkredit
(Ko-Kurikulum Berkredit)

2

 

 

Sinopsis Kursus

Matematik

Kursus ini membincangkan kepentingan matematik untuk diaplikasi dalam bidang sains dan teknologi. Kursus ini dibahagikan kepada topik-topik seperti sistem nombor, polinomial, pengamiran, vektor, sektor-sektor kon, fungsi trigonometri dan hiperbolik. Di samping memberi penekanan kepada penyelesaian masalah, kursus ini juga menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dan logik.

Kimia

Kursus ini direka untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan asas dalam pelbagai disiplin kimia dan merangkumi aspek teori dan amali. Perbincangan merangkumi tajuk-tajuk seperti kimia dan penamaan, stoikiometri, struktur atom, jadual berkala, kimia organik, kinetik tindakbalas, asid dan bes, elektro kimia dan keseimbangan kimia.

Biologi

Kursus ini merangkumi pelbagai disiplin utama dalam biologi antaranya konsep asas dan ciri-ciri prokariotik dan eukariotik, genetik, pembiakan dan tumbesaran dalam haiwan dan tumbuhan, immunologi, evolusi dan biodiversiti. Persekitaran pembelajaran aktif melalui penglibatan terus pelajar adalah digalakkan. Prinsip asas dan teori biologi akan dibekalkan bagi membantu pelajar mempelajari sains asas. 

Fizik

Kursus ini secara amnya mengkhususkan fizik mekanik dan fizik elektrik yang akan diliputi sepanjang 2 semester pengajian. Ini merangkumi definisi dan konsep asas mekanik dan elektrik, antaranya putaran bagi jasad tegar, kegravitian, elektrostatik, arus terus dan ulang alik. Di samping itu, ia juga melibatkan mekanik bendalir, pemindahan suhu dan haba, aruhan elektromagnet, sinar-x dan keradioaktifan. 

Bahasa Inggeris

Kursus ini bertujuan membina kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis pelajar dalam bahasa Inggeris, dengan fokus kepada aspek mendengar dan membaca. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai jenis teks dan mengaplikasi penggunaan bahasa yang betul dan sesuai dalam pelbagai konteks. Pelajar turut berpeluang membina dan mengintegrasikan kemahiran-kemahiran ini dalam pelbagai situasi sosial dan akademik.

Teknologi Maklumat

Kursus pengenalan ini merangkumi pemahaman melalui pembelajaran secara praktikal tentang bagaimana teknologi maklumat boleh meningkatkan produktiviti. Topik dalam kursus ini termasuk Media Digital, Pengaturcaraan Komputer, Internet dan Industri Komputer. Pelbagai pakej perisian yang popular digunakan semasa kerja praktikal. Antaranya ialah persediaan dokumentasi dan lembaran kerja. Kursus ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran dan pemahaman tentang penggunaan teknologi untuk menjadi pekerja ilmuan.

Ko-Kurikulum Berkredit

Kursus ini menerapkan aspek pembangunan kemahiran insaniah melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Kursus Kokurikulum Berkredit dibahagikan kepada 8 teras utama iaitu Sukan, Kebudayaan, Khidmat Komuniti, Daya Usaha dan Inovasi, Kepimpinan, Kesukarelaan, Pengucapan Awam dan Keusahawanan. Kursus berasaskan aktiviti ini memberi penekanan kepada elemen kemahiran insaniah khususnya kemahiran komunikasi (CS), pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (CTPS), etika dan moral (EM), kerja berpasukan (TS), keusahawanan (ES) dan kepemimpinan (LS). 

Nilai-Nilai Sejagat

Kursus ini membincangkan secara umum nilai-nilai sejagat yang sepatutnya diterap oleh setiap pelajar untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Pelajar akan didedahkan kepada falsafah dalam nilai sejagat dan juga ciri-ciri nilai sejagat yang terdapat dalam agama utama dunia. Implementasi nilai-nilai sejagat manusia juga akan dibincangkan melalui kes pembelajaran terpilih. Disamping itu, pelajar juga akan berbincang dan bertukar pandangan mengenai hubungan nilai-nilai sejagat ini dengan hak-hak asasi manusia melalui pembentangan kumpulan. Pelajar juga akan didedahkan dalam memilih nilai-nilai sejagat yang sesuai yang akan dilaksanakan dalam projek mini keusahawanan. 

Kemahiran Komunikasi

Kursus ini menekankan kepentingan kemahiran komunikasi dan bagaimana berkomunikasi dengan efektif. Pelbagai elemen komunikasi juga akan dibincangkan. Kemahiran generik seperti menulis, mendengar, pembentangan, pengucapan awam dan strategi pemasaran dirangkumikan dalam kursus ini. Perbincangan dalam kumpulan, membina pasukan, juga etika dan adab halus, perhubungan umum disepadukan dalam kursus ini agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran, kehidupan alam kampus dan juga alam pekerjaan.

Struktur Program

Konsep Umum

Program Asasi Sains Unimas merupakan program persediaan khususnya bagi pelajar bumiputera untuk melayakkan mereka mengikuti kursus-kursus tertentu di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains dan teknologi di UNIMAS. Penyusunan kursus Program Pengajian Pra-Universiti mengambil kira pengetahuan asas pelajar yang diterima masuk dan keperluan bidang-bidang tertentu pada peringkat ijazah pertama.

Tempoh Program

Program ini dijalankan dalam jangka masa satu tahun akademik yang merangkumi dua semester, bermula dengan Semester 1 dan diikuti oleh Semester 2 bagi setiap sesi akademik. Tempoh perkuliahan bagi setiap semester adalah selama 18 minggu.

Struktur Pengajian

Pelajar boleh memilih sama ada untuk mengikuti Program Sains Hayat atau Program Sains Fizikal mengikut kelayakan masing-masing. Struktur pengajian yang wajib diikuti oleh seseorang pelajar adalah seperti berikut:-

Sistem Pengajaran

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan adalah mengikut pemiawaian yang diamalkan UNIMAS, iaitu sistem pengajaran yang dilaksanakan melalui kuliah, amali, tutoran dan kerja kursus.

Sistem Penilaian dan Peperiksaan

Sistem penilaian dan peperiksaan pelajar Program Pengajian Pra-Universiti UNIMAS adalah sama seperti sistem penilaian dan peperiksaan yang diamalkan oleh UNIMAS untuk peringkat Ijazah, iaitu penilaian berterusan. Gred diberi untuk sesuatu kursus berdasarkan pencapaian pelajar dalam penilaian sepanjang semester termasuk kerja kursus, tutoran, amali dan ujian.

Kod Kursus

Setiap kursus yang ditawarkan diberikan kod seperti berikut : Contoh PRK1016

  PR  

Pengajian Pra-Universiti     

K

Kimia

1

Tahun

01

Nombor urutan kursus

6

Kredit

Aktiviti Ko-Kurikulum

Selain kursus-kursus akademik, Program Pengajian Pra-Universiti juga mempunyai kursus ko-kurikulum dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek dan jasmani. Bermula sesi 2012/2013, kursus Ko-Kurikulum Berkredit telah diperkenalkan bagi membolehkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti d iluar lingkungan akademik. Kursus ini dijalankan sepanjang dua semester dan mempunyai 2 jam kredit.