Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Alumni

Pusat Pengajian Pra-Universiti telah dimulakan sejak tahun 2010. Setakat ini, sebanyak tiga sesi telah berlangsung dengan jayanya. Sesi pertama 2010/2011 dan sesi kedua 2011/2012 telah melahirkan generasi pelajar yang mantap dari segi akademik dan ko-kurikulum. Laman alumni asasi diwujudkan khusus untuk bekas-bekas pelajar asasi yang telah menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda di UNIMAS. Ia merangkumi testimoni alumni yang berjaya menamatkan pengajian di sini. Kini, sesi ketiga 2012/2013 sedang berlangsung dan diharapkan akan melahirkan lebih banyak pelajar berkualiti yang mampu menjana kecemerlangan UNIMAS.

Aktiviti Pelajar

Pembelajaran di Asasi bukanlah sekadar mendengar kuliah dan menghadiri tutorial. Banyak aktiviti-aktiviti dikelolakan oleh pihak Pusat Pengajian bagi memperkayakan pengalaman hidup pelajar. Aktiviti-aktiviti lepas merangkumi pelbagai aspek bukan akademik seperti sosial, kebudayaan dan kerohanian. Laman ini menggambarkan dengan lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti ambilan lepas.