PUSAT PENGAJIAN PRA-UNIVERSITI

Kehidupan di PPPU


Kenali PPPU Lebih Dekat...

Anda boleh mendapatkan info mengenai fasiliti-fasiliti yang terdapat di persekitaran kampus kami di sini. Ketahui juga apa yang terdapat di pusat kami yang akan membantu proses pembelajaran serta aktiviti masa lapang.

Fasiliti

"The first wealth is health......" - Ralph Waldo Emerson

Gaya Hidup

UNIMAS Student Pavillion

Setiap pelajar yang berdaftar di Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS akan dapat menikmati dan menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan bagi menjamin keselesaan para pelajar di sepanjang perkuliahan. Antara kemudahan tersebut adalah seperti kolej kediaman, bangunan akademik, sukan dan permainan dan sebagainya.
Selain itu, para pelajar juga dapat menggunakan dan menikmati kemudahan-kemudahan seperti Restoran Makanan Segera (KFC, PIZZA HUT, SCR), kedai makan, kedai buku, bank dan sebagainya yang terdapat di Desa Ilmu (bandar yang paling hampir dengan UNIMAS) dalam meneruskan kehidupan seharian di UNIMAS.
Selain Desa Ilmu, UNIMAS juga dihubungkan dengan Bandaraya Kuching yang hanya terletak lebih kurang 18 km (30 minit) dari UNIMAS. Ianya merupakan lokasi kedua yang dapat dikunjungi oleh pelajar selain Desa Ilmu.

Pendidikan

Nasi Lemak Kiosk UNIMAS

Setiap pelajar yang berdaftar dengan PPPU UNIMAS akan dapat menikmati dan menggunakan segala kemudahan akademik yang telah disediakan bagi menjamin keselesaan dan kualiti para pelajar di sepanjang pengajian.
Di PPPU UNIMAS para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teori dan praktikal yang berguna dalam bidang pengajian mereka. Problem Based Learning (PBL), latihan amali, tutorial dan slot kuliah yang berkualiti diberikan kepada para pelajar sebagai pelengkap kepada ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa di PPPU dan seterusnya digunakan pada peringkat pengajian Ijazah.

Rekreasi

UNIMAS 7 Eleven

Untuk mengisi masa luang atau masa beriadah para pelajar , beberapa kemudahan sukan turut disediakan antaranya:-

UNIMAS Kampus Timur (PPPU)

• Kompleks Sukan • Gelanggang Bola Keranjang; Sepak Takraw; Futsal; Bola Tampar. • Gimnasium

Para pelajar PPPU juga berpeluang menikmati kemudahan sukan yang terdapat di kampus barat antaranya:-

UNIMAS Kampus Barat

• Kompleks Sukan: Stadium, Trek Balapan, Kolam Renang, Gelanggang Futsal dan Badminton tertutup; Bola Keranjang; Bola Sepak; Sepak Takraw; Bola Tampar; Tenis dan Skuasy. • Tasik UNIMAS: Berkayak, Berperahu, Aktiviti Rekreasi Air. • Pusat Bowling UNIMAS • Gimnasium

Malahan, saya juga bersyukur kerana suasana kolej, dewan kuliah dan bilik tutor amat selesa.

Nurul Aufa binti Ab Majid Batch 2011/12 - Asasi Sains Fizikal

Kolej kediaman berdekatan dengan dewan kuliah memberi kemudahan ulang-alik untuk ke kelas. Yang lebih penting, di PPPU Unimas ini, ia telah mengajar saya erti berdikari, berkomunikasi dengan rakan sekeliling dan mengadaptasikan diri dengan suasana persekitaran justeru mematangkan saya sebagai seorang ‘Insan’

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let Batch 2011/12 - Asasi Sains Fizikal

Tenaga pengajar yang berpengalaman. Silibus pembelajaran juga sangat menepati kehendak fakulti. Pendek kata, Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS terbaik!

Genevie Sara Surang Batch 2011/12 - Asasi Sains Hayat

Kami telah disenarai pendek terus sebagai pelajar pra-siswazah UNIMAS tanpa perlu menjalani permohonan disamping telah arif mengenai selok-belok kehidupan di UNIMAS.

Izzah Nilamsyukriah binti Buang Batch 2011/12 - Asasi Sains Hayat

Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS mampu berjaya menghasilkan keluaran yang mempunyai kecemerlangan holistik.

Nurul Syamimi binti Bohari Batch2011/12 - Asasi Sains Hayat

Aktiviti Kemasyarakatan

“Everyone can be great, because everyone can serve.” – Martin Luther King, Jr.

Penganjuran program bersama pelajar kami seperti Asasi Back To Community (AB2C).