PUSAT PENGAJIAN PRA-UNIVERSITI

Program Ditawarkan

Berikut merupakan dua program asasi Sains yang ditawarkan di Pusat Pengajian Pra Universiti UNIMAS:

W0010 - Sains Hayat

Pautan ke laman Sains Hayat

W0010 - Sains Hayat

W0020 - Sains Fizikal

Pautan ke laman Sains Fizikal

W0020 - Sains Fizikal

Deskripsi Program

Deskripsi mengenai konsep umum, tempoh pengajian, struktur pengajian, sistem pengajaran, sistem penilaian dan peperiksaan, dan aktiviti ko-kurikulum.

Konsep Umum

Program Asasi Sains Unimas merupakan program persediaan khususnya bagi pelajar bumiputera untuk melayakkan mereka mengikuti kursus-kursus tertentu di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains dan teknologi di UNIMAS. Penyusunan kursus Program Pengajian Pra-Universiti mengambil kira pengetahuan asas pelajar yang diterima masuk dan keperluan bidang-bidang tertentu pada peringkat ijazah pertama.

Tempoh Program

Program ini dijalankan dalam jangka masa satu tahun akademik yang merangkumi dua semester, bermula dengan Semester 1 dan diikuti oleh Semester 2 bagi setiap sesi akademik. Tempoh perkuliahan bagi setiap semester adalah selama 18 minggu.

Struktur Pengajian

Pelajar boleh memilih sama ada untuk mengikuti Program Sains Hayat atau Program Sains Fizikal mengikut kelayakan masing-masing. -

Sistem Pengajaran

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan adalah mengikut pemiawaian yang diamalkan UNIMAS, iaitu sistem pengajaran yang dilaksanakan melalui kuliah, amali, tutoran dan kerja kursus.

Sistem Penilaian dan Peperiksaan

Sistem penilaian dan peperiksaan pelajar Program Pengajian Pra-Universiti UNIMAS adalah sama seperti sistem penilaian dan peperiksaan yang diamalkan oleh UNIMAS untuk peringkat Ijazah, iaitu penilaian berterusan. Gred diberi untuk sesuatu kursus berdasarkan pencapaian pelajar dalam penilaian sepanjang semester termasuk kerja kursus, tutoran, amali dan ujian.

Aktiviti Ko-Kurikulum

Selain kursus-kursus akademik, Program Pengajian Pra-Universiti juga mempunyai kursus ko-kurikulum dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek dan jasmani. Bermula sesi 2012/2013, kursus Ko-Kurikulum Berkredit telah diperkenalkan bagi membolehkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti d iluar lingkungan akademik. Kursus ini dijalankan sepanjang dua semester dan mempunyai 2 jam kredit.