PUSAT PENGAJIAN PRA-UNIVERSITI

Aluan Dekan

Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada kumpulan pelajar ke Program Asasi Sains, Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sesungguhnya saya mewakili seluruh warga kerja pusat amat mengalu-alukan kedatangan para pelajar sekalian.

Sejajar dengan pembangunan pesat negara yang memerlukan kemahiran dan kepakaran dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM), maka program ini diwujudkan dan disediakan bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing bertepatan dengan kualiti tinggi yang diharapkan akan dapat membantu menjadi penyumbang dan menjana pembangunan negara dan bangsa. Oleh itu, para pelajar diharapkan agar menggunakan peluang dan kemudahan pembelajaran serta persekitaran kondusif yang telah disediakan oleh UNIMAS dengan sebaik-baiknya.

Sesungguhnya program asasi ini merupakan asas dan penghubung kepada para pelajar untuk meneruskan momentum kejayaan yang telah diperolehi di peringkat sekolah dahulu. Saya percaya para pelajar mampu berfikir dan bertindak secara bijaksana ke arah memperoleh pencapaian cemerlang samada dalam bidang akademik dan ko-kurikulum di samping menekankan ketrampilan serta sahsiah yang unggul semasa di peringkat pengajian universiti ini.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan dan semoga kehadiran ke pusat ini menjadi titik tolak penentu kepada para pelajar menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketerampilan dan bersahsiah tinggi.

"Selamat maju jaya!"





Pengarah
Pusat Pengajian Pra-Universiti, Universiti Malaysia Sarawak.