Syarat Kemasukan
Program Asasi Pengkomputeran

  • Kod Program: UW0010003
  • Tempoh Pengajian: 2 Semester
Hanya ketidakupayaan berikut sahaja layak dipertimbangkan:
Pekak Guna Alat, Buta Sebelah Mata, Gagap, Kerdil, Sengau, Rabun Menggunakan Kanta Khas, Ketidakupayaan Tangan, Buta Warna

SYARAT AM

  • Warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

SYARAT KHAS

i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran  berikut :
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris

ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran berikut :

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
iii. Berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah (salah seorang ibu bapa pribumi Sabah), Anak Negeri Sarawak (salah seorang ibu bapa pribumi Sarawak) dan Orang Asli sahaja.

YURAN

Image
Nota : Yuran MUET berjumlah RM150 seperti diatas, akan diuruskan oleh UNIMAS kepada Majlis Peperiksaan Malaysia

STRUKTUR PENGAJIAN

Semester 1 Semester 2
Kod Kursus Nama Kursus Kredit Kod Kursus Nama Kursus Kredit
PRT1014 Asas Pengaturcaraan 4 PRF1026 Pengenalan Kepada Pembangunan Aplikasi Mudah Alih 4
PRT1024 Pengenalan Kepada Sistem Pengurusan Pangkalan Data 4 PRP1026 Pengenalan Kepada Pembangunan Aplikasi Web 4
PRT1034 Matematik Persediaan 4 PRP1046 Pengenalan Kepada Matematik Untuk Pengkomputeran 4
PRP1053 Bahasa Inggeris 3 PRP1082 Kemahiran Komunikasi 2
PRP1072 Kepimpinan & Kerja Berpasukan 2 PRP1063 Bahasa Inggeris II 3
PRP1112 Pengenalan Kepada Kemahiran Berfikir Kritis & Kreatif 2 PRP1092 Nilai-Nilai Sejagat 2

PRL1013 *Penyelesaian Masalah Dalam Pengkomputeran 2 PRP1092 *Pengenalan Kepada Teknologi Rangkaian & Internet 3
PRL1023 *Pengenalan Kepada Antaramuka Pengguna dan Pengalaman Pengguna (UI/UX) 2 PRP1092 *Trend Baharu Muncul Dalam Pengkomputeran 3

PRL1053 *Seni Digital 2 PRP1092 *Menghubung Minda & Teknologi 3

      PRP1102 *Pengenalan Kepada Bahasa & Pengkomputeran 3
  Jumlah  25   Jumlah 25

*Pelajar boleh memilih DUA (2) kursus Elektif pada setiap semester.

PEMILIHAN MASUK KE PERINGKAT IJAZAH

Pelajar yang lulus Program Pengajian di PPPU UNIMAS akan berpeluang mengikuti Program Pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di fakulti berikut:

1. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  • UW6481001 Sains Komputan
  • UW6481002 Kejuruteraan Data
  • UW6481003 Pengkomputeran Multimedia
  • UW6481004 Kejuruteraan Perisian
  • UW6481005 Pengkomputeran Rangkaian