singnature

Aluan Pengarah

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang terpilih   melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Saya mewakili seluruh warga kerja PPPU amat mengalu-alukan kedatangan para pelajar sekalian.

Program asasi merupakan asas pendidikan peringkat tinggi di universiti dan ia adalah penghubung untuk para pelajar meneruskan momentum kejayaan yang telah diperolehi di peringkat sekolah dahulu. Saya percaya para pelajar akan menggunakan peluang berada di PPPU untuk memperoleh pencapaian cemerlang samada dalam bidang akademik mahu pun ko-kurikulum.

Struktur kurikulum di PPPU telah dibangunkan berdasarkan keperluan semasa dengan penekanan seimbang dalam smart skill dan sharp skill. Sejajar dengan pembangunan pesat negara yang memerlukan kemahiran dan kepakaran dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM), serta persediaan Malaysia menuju ke era Society 5.0, maka program-program pengajian di PPPU telah diwujudkan dan disediakan bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berkualiti tinggi, seterusnya  akan dapat membantu menjadi penyumbang dalam menjana pembangunan negara dan bangsa. Oleh itu, para pelajar disarankan untuk menggunakan peluang dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta persekitaran kondusif yang telah disediakan oleh UNIMAS dengan sebaik-baiknya.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi. Semoga kehadiran ke pusat ini menjadi titik tolak penentu bagi para pelajar menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi.

TEGUH BERSAMA.