Syarat Kemasukan
Program Asasi Pengkomputeran
- Kod Program: UW0010003
- Tempoh Pengajian: 2 Semester
SYARAT AM
- Warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.
SYARAT KHAS
Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM
i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam TIGA (3) mata pelajaran berikut :- Matematik
- Bahasa Inggeris
- Mana-mana SATU (1) mata pelajaran Sains, Teknologi dan Kejuruteraan.
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran berikut :
- Bahasa Melayu
- Sejarah
iv. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
YURAN

Nota : Yuran MUET berjumlah RM150 seperti diatas, akan diuruskan oleh UNIMAS kepada Majlis Peperiksaan Malaysia
STRUKTUR PENGAJIAN
Semester 1 | Semester 2 | ||||
Kod Kursus | Nama Kursus | Kredit | Kod Kursus | Nama Kursus | Kredit |
PRT1014 | Asas Pengaturcaraan | 4 | PRT1044 | Pengenalan Kepada Pembangunan Aplikasi Mudah Alih | 4 |
PRT1024 | Pengenalan Kepada Sistem Pengurusan Pangkalan Data | 4 | PRT1054 | Pengenalan Kepada Pembangunan Aplikasi Web | 4 |
PRT1034 | Matematik Persediaan | 4 | PRT1064 | Pengenalan Kepada Matematik Untuk Pengkomputeran | 4 |
PRP1053 | Bahasa Inggeris I | 3 | PRP1082 | Kemahiran Komunikasi | 2 |
PRP1072 | Kepimpinan & Kerja Berpasukan | 2 | PRP1063 | Bahasa Inggeris II | 3 |
PRP1112 | Pengenalan Kepada Kemahiran Berfikir Kritis & Kreatif | 3 | PRP1092 | Nilai-Nilai Sejagat | 2 |
PRL1013 | *Penyelesaian Masalah Dalam Pengkomputeran | 3 | PRL1033 | *Pengenalan Kepada Teknologi Rangkaian & Internet | 3 |
PRL1023 | *Pengenalan Kepada Antaramuka Pengguna dan Pengalaman Pengguna (UI/UX) | 3 | PRL1043 | *Trend Baharu Muncul Dalam Pengkomputeran | 3 |
PRL1053 | *Seni Digital | 3 | PRL1063 | *Menghubung Minda & Teknologi | 3 |
PRL1073 | *Pengenalan Kepada Bahasa & Pengkomputeran | 3 | |||
Jumlah | 25 | Jumlah | 25 |
*Pelajar boleh memilih DUA (2) kursus Elektif pada setiap semester.
PEMILIHAN MASUK KE PERINGKAT IJAZAH
Pelajar yang lulus Program Pengajian di PPPU UNIMAS akan berpeluang mengikuti Program Pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di fakulti berikut:
1. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
- Sains Komputan
- Kejuruteraan Data
- Pengkomputeran Multimedia
- Kejuruteraan Perisian
- Pengkomputeran Rangkaian
2. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
3. Fakulti Alam Bina
4. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif