Syarat Kemasukan
Program Asasi Sains Hayat

  • Kod Program: UW0010001
  • Tempoh Pengajian: 2 Semester
Hanya ketidakupayaan berikut sahaja layak dipertimbangkan:
Pekak Guna Alat, Buta Sebelah Mata, Sengau

SYARAT AM

  • Warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

SYARAT KHAS

i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam EMPAT (4) mata pelajaran  berikut :
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam SATU (1) mata pelajaran berikut:
  • Matematik Tambahan

iii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran berikut :

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
iv. Berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah (salah seorang ibu bapa pribumi Sabah), Anak Negeri Sarawak (salah seorang ibu bapa pribumi Sarawak) dan Orang Asli sahaja.

YURAN

Image
Nota : Yuran MUET berjumlah RM150 seperti diatas, akan diuruskan oleh UNIMAS kepada Majlis Peperiksaan Malaysia

STRUKTUR PENGAJIAN

Semester 1 Semester 2
Kod Kursus Nama Kursus Kredit Kod Kursus Nama Kursus Kredit
PRH1016 Biologi I 6 PRH1026 Biologi II 6
PRP1016 Kimia I 6 PRP1026 Kimia II 6
PRP1046 Matematik I 6 PRP1046 Matematik II 6
PRP1102 Kompetensi ICT 2 PRP1082 Kemahiran Komunikasi 2
PRP1053 Bahasa Inggeris I 3 PRP1063 Bahasa Inggeris II 3
PRD1072 Kepimpinan & Kerja Berpasukan 2 PRP1092 Nilai-Nilai Sejagat 2
  Jumlah  25   Jumlah 25

PEMILIHAN MASUK KE PERINGKAT IJAZAH

Pelajar yang lulus Program Pengajian di PPPU UNIMAS akan berpeluang mengikuti Program Pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di fakulti berikut:

1. Fakulti Sains dan Teknologi Sumber
  • UW6545001 Bioteknologi Sumber
  • UW6442001 Sains Kimia
  • UW6421001 Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik
  • UW6421002 Sains Tumbuhan
  • UW6421003 Teknologi Zoologi
  • UW6621001 Agroteknologi