Syarat Kemasukan
Program Asasi Sains Hayat
- Kod Program: UW0010001
- Tempoh Pengajian: 2 Semester
SYARAT AM
- Warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013 dalam peperiksaan SPM.
SYARAT KHAS
Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM
i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam EMPAT (4) mata pelajaran berikut :
- Biologi
- Kimia
- Matematik
- Bahasa Inggeris
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam SATU (1) mata pelajaran berikut:
- Matematik Tambahan
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran berikut :
- Bahasa Melayu
- Sejarah
iv. Berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah (salah seorang ibu bapa pribumi Sabah), Anak Negeri Sarawak (salah seorang ibu bapa pribumi Sarawak) dan Orang Asli sahaja.
YURAN

Nota : Yuran MUET berjumlah RM150 seperti diatas, akan diuruskan oleh UNIMAS kepada Majlis Peperiksaan Malaysia
STRUKTUR PENGAJIAN
| Semester 1 | Semester 2 | ||||
| Kod Kursus | Nama Kursus | Kredit | Kod Kursus | Nama Kursus | Kredit |
| PRH1016 | Biologi I | 6 | PRH1026 | Biologi II | 6 |
| PRP1016 | Kimia I | 6 | PRP1026 | Kimia II | 6 |
| PRP1046 | Matematik I | 6 | PRP1046 | Matematik II | 6 |
| PRP1102 | Kompetensi ICT | 2 | PRP1082 | Kemahiran Komunikasi | 2 |
| PRP1053 | Bahasa Inggeris I | 3 | PRP1063 | Bahasa Inggeris II | 3 |
| PRD1072 | Kepimpinan & Kerja Berpasukan | 2 | PRP1092 | Nilai-Nilai Sejagat | 2 |
| Jumlah | 25 | Jumlah | 25 | ||
PEMILIHAN MASUK KE PERINGKAT IJAZAH
Pelajar yang lulus Program Pengajian di PPPU UNIMAS akan berpeluang mengikuti Program Pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di fakulti berikut:
- Bioteknologi Sumber
- Kimia
- Biologi Marin & Air Tawar
- Sains Tumbuhan
- Teknologi Zoologi
- Agroteknologi


