Selamat Datang kepada Pelajar Baharu, Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS (PPPU), ke laman web Minggu Aluan Pelajar (MAP) 2022/2023.

Para pelajar boleh menonton dan/atau membaca dan memuat turun bahan-bahan taklimat menerusi laman web ini. Ketersediaan bahan-bahan MAP ini adalah berdasarkan jadual MAP yang telah diemel kepada para pelajar.

Sekiranya pelajar mempunyai sebarang soalan yang tidak terjawab menerusi taklimat-taklimat yang disediakan, pelajar digalakkan untuk menghubungi pihak yang berkenaan melalui saluran yang disediakan untuk setiap video taklimat.

Saudara/saudari amat digalakkan untuk melengkapkan sesi MAP bagi memastikan anda bersedia untuk memulakan alam Pra-Universiti di PPPU.

Hari Pertama / 2 Ogos 2022

Aluan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa

Ucapan aluan daripada Yang Berbahagia Profesor Dr. Ahmad Hata bin Rasit, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (TNC AA) UNIMAS.

Aluan Pengarah Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS

Ucapan aluan daripada Profesor Madya Dr. Muna Bt Sabri, Pengarah PPPU UNIMAS.

Taklimat Program & Peraturan Akademik

Taklimat ini disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Ruhana binti Hassan, Timbalan Pengarah I PPPU UNIMAS.

Pertanyaan lanjut boleh diutarakan di ruangan komen Youtube.

Taklimat Hal Ehwal Pelajar Dan Mentor Mentee

Taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohamad Razif bin Othman, Timbalan Pengarah II PPPU UNIMAS.

Taklimat Penyelaras Program

Taklimat ini disampaikan oleh Encik Dhana Jay A/L Raja Gopal,  Penyelaras Program Asasi Sains Fizikal PPPU UNIMAS.

Taklimat ePembelajaran

Taklimat ini disampaikan oleh Encik Abdul Al-Hafiz Bin Ismail, penyelaras Jawatankuasa ePembelajaran PPPU UNIMAS.

 

Tazkirah 1

Sesi Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Wan Muhd Mujahid bin Wan Alwi, Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam @ Pusat Islam Tun Abang Salahuddin

Bina Insan 1

Sesi Bina Insan ini disampaikan oleh Tuan Haji Azlan Ramli,Pendaftar di Pejabat Pendaftar UNIMAS

Hari Kedua / 3 OGOS 2022

Taklimat Perkhidmatan Kaunter Pelajar

Taklimat ini disampaikan oleh Puan Noorma bt Ismail @ Yusoff, Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU) UNIMAS.

Pelajar boleh mengemukakan soalan-soalan berkaitan ke alamat emel yang diberikan.

 

Email: pppu@unimas.my

Taklimat Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS)

Taklimat ini menjelaskan perkhidmatan-perkhidmatan ICT yang disediakan untuk para pelajar UNIMAS.

Taklimat Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (CALM)

Taklimat ini menjelaskan perkhidmatan portal atas talian, eLEAP, yang digunapakai di UNIMAS.

Taklimat Pusat Khidmat Pelajar

Taklimat berikut disampaikan oleh Unit Kaunseling dan Kebajikan Pelajar (UniK) di UNIMAS

Taklimat ini memberi pengenalan tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling & Kebajikan Pelajar (UniK) UNIMAS kepada para pelajar.

Taklimat Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'Kub (PETARY)

Taklimat yang diberikan oleh Pn Norazlina Abd Rahman (Penolong Pengarah Kanan PeTARY) ini  menjelaskan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, waktu operasi, jenis-jenis koleksi dan peraturan yang perlu diikuti di PeTARY UNIMAS.

Taklimat Kolej Seroja

Berikut adalah taklimat dari pengurusan Kolej Seroja.

 

Taklimat Kolej Dahlia

Berikut adalah taklimat oleh pihak pengurusan Kolej Dahlia.

Taklimat Bahagian Keselamatan

Taklimat ini menjelaskan prosedur keselamatan yang digunapakai di UNIMAS.

Taklimat Pusat Kesihatan

Taklimat ini menjelaskan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang disediakan untuk pelajar UNIMAS.

 

 

Taklimat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Taklimat ini disampaikan oleh Encik Abdul Al-Hafiz Bin Ismail, Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PPPU UNIMAS.

 

Tazkirah 2

Sesi Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Arif Bin Mat, Pembantu Hal Ehwal Islam @ Pusat Islam Tun Abang Salahuddin.

Bina Insan 2

Sesi Bina Insan ini disampaikan oleh Dr Amalia bt Madihie, Pensyarah di Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia