Selamat Datang kepada Pelajar Baharu, Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS (PPPU), ke laman web Minggu Aluan Pelajar (MAP) 2021/2022. Ekoran dari pandemik Covid-19, MAP tahun ini akan dijalankan secara atas talian dan bukan segerak melalui laman web ini.
Para pelajar boleh menonton dan/atau membaca dan memuat turun bahan-bahan taklimat menerusi laman web ini. Ketersediaan bahan-bahan MAP ini adalah berdasarkan jadual MAP yang telah diemel kepada para pelajar.
Sekiranya pelajar mempunyai sebarang soalan yang tidak terjawab menerusi taklimat-taklimat yang disediakan, pelajar digalakkan untuk menghubungi pihak yang berkenaan melalui saluran yang disediakan untuk setiap video taklimat.
Saudara/saudari amat digalakkan untuk melengkapkan MAP atas talian ini bagi memastikan anda bersedia untuk memulakan alam Pra-Universiti di PPPU.
Hari Pertama / 4 Ogos 2021
Aluan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (9.00 Pagi)
Aluan Pengarah Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS (10.00 Pagi)
Ucapan aluan daripada Profesor Madya Dr. Muna Bt Sabri, Pengarah PPPU UNIMAS.
Taklimat Program & Peraturan Akademik (11.00 Pagi)
Taklimat ini disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Ruhana binti Hassan, Timbalan Pengarah I PPPU UNIMAS.
Pertanyaan lanjut boleh diutarakan di ruangan komen Youtube.
Taklimat Hal Ehwal Pelajar Dan Mentor Mentee (12.00 Tengah Hari)
Taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohamad Razif bin Othman, Timbalan Pengarah II PPPU UNIMAS.
Taklimat Penyelaras Program (2.00 Petang)
Taklimat ini disampaikan oleh Encik Dhana Jay A/L Raja Gopal, Penyelaras Program Asasi Sains Fizikal PPPU UNIMAS.
Pertanyaan lanjut boleh diutarakan di ruangan komen Youtube.
Taklimat Perkhidmatan Kaunter Pelajar (3.00 Petang)
Taklimat ini disampaikan oleh Puan Noorma bt Ismail @ Yusoff, Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU) UNIMAS.
Tazkirah 1 (7.00 Malam)
Sesi Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Muktar B. Muhmad, Pegawai Hal Ehwal Islam @ Pusat Islam Tun Abang Salahuddin UNIMAS.
Bina Insan 1 (7.00 Malam)
Sesi Bina Insan ini disampaikan oleh Abner Loo Chun Lik (Alumni PPPU Sesi 2018/2019) & Melanie Elma anak Kudang (Alumni PPPU 2018/2019).
Hari Kedua / 5 Ogos 2021
Taklimat Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS) (9.00 Pagi)
Taklimat ini menjelaskan perkhidmatan-perkhidmatan ICT yang disediakan untuk para pelajar UNIMAS.
Taklimat Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (CALM) (10.00 Pagi)
Taklimat ini menjelaskan perkhidmatan portal atas talian, eLEAP, yang digunapakai di UNIMAS.
Taklimat e-Pembelajaran PPPU (11.00 Pagi)
Taklimat ini disampaikan oleh Encik Adrus bin Mohamad Tazuddin, penyelaras Jawatankuasa ePembelajaran PPPU UNIMAS.
Taklimat Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'Kub (PETARY) (12.00 Tengah Hari)
Taklimat yang diberikan oleh Pn Norazlina Abd Rahman (Penolong Pengarah Kanan PeTARY) ini menjelaskan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, waktu operasi, jenis-jenis koleksi dan peraturan norma baharu yang perlu diikuti di PeTARY UNIMAS.
Taklimat Unit Kaunseling & Kebajikan Pelajar (2.00 Petang)
Taklimat berikut disampaikan oleh Unit Kaunseling dan Kebajikan Pelajar (UniK) di UNIMAS
Taklimat ini memberi pengenalan tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling & Kebajikan Pelajar (UniK) UNIMAS kepada para pelajar.
Taklimat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) (3.00 Petang)
Taklimat ini disampaikan oleh Encik Abdul Al-Hafiz Bin Ismail, Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PPPU UNIMAS.
Pertanyaan lanjut boleh diutarakan melalui ruangan komen di bawah.
Tazkirah 2 (7.00 Malam)
Sesi Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Arif Bin Mat, Pembantu Hal Ehwal Islam @ Pusat Islam Tun Abang Salahuddin.
Bina Insan 2 (7.00 Malam)
Sesi Bina Insan ini disampaikan oleh Samuel Isaiah yang merupakan Guru Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Runchang, Pahang.
Hari Ketiga / 6 Ogos 2021
Taklimat Bahagian Keselamatan (11.00 Pagi)
Taklimat ini menjelaskan prosedur keselamatan yang digunapakai di UNIMAS.
Taklimat Pusat Kesihatan (12.00 Tengah Hari)
Taklimat ini menjelaskan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang disediakan untuk pelajar UNIMAS.
Taklimat Kolej Dahlia (2.00 Petang)
Berikut adalah taklimat oleh pihak pengurusan Kolej Dahlia.
Taklimat Kolej Raflesia (2.00 Petang)
Berikut adalah taklimat dari pengurusan Kolej Raflesia.
Taklimat Kolej Seroja (2.00 Petang)
Berikut adalah taklimat dari pengurusan Kolej Seroja.